Post-Exam?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Bismillahirrahmanirrahim.

Just nak kongsikan satu cerita. Sangat menginsafkan. Untuk penuntut ilmu tak kira di mana saja anda berada. Sebagai wadah rasa cinta kepada Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

[Just spend your few minutes to read this. TQ Credited to my PASUM"s friends]

Di sebalik Tirai P ? sum. Jeng3!!! :D
29 Jan 20XX
Waktu 1200
Lecture hall PASUM

Suasana hiruk pikuk.
Pelbagai ragam pelajar asasi dapat disaksikan.
Dalam dewan kuliah yang tersergam indah itu,
Si teruna sibuk mengusha si dara sunti, rezeki katanya!
Si dara asyik membetulkan tudung sambil melihat cermin mekap, cover ayu!
Tidak kurang juga yang khusyuk menelaah Facebook, tweet2, dan sebagainya.
Eh jap! Yang membaca buku, mencedok ilmu?
Ada…. Namun kurang 10%!

Ah…. Inilah fenomena alam yang dinamakan “Abes exam!”

MERDEKKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dalam keriuhan dewan kuliah, tiba-tiba seorang lelaki melangkah masuk ke dalam lecture hall.
Pensyarah kimia, muda lagi orangnya, dalam lingkungan pertengahan dua puluhan. Wajahnya kurang lebih seperti Aaron Aziz (Ceh, Perasan!!!)
Keadaan dewan kuliah masih lagi meriah, ternyata, kehadiran lecturer itu tidak membawa sebarang makna. Bak kata Najwa Latif, KOSONG!
Pensyarah tadi duduk di atas kerusi berhampiran computer di dalam lecture hall itu, dikeluarkan pendrive Kingston dari poket bajunya, mahu disambungkan ke dalam system computer.
Dia memandang sekilas wajah pelajar2 PASUM. Lebih kurang 500 orang semuanya.
Masih lagi bising!

“Haisyh… budak-budak ni la… -_- ” pensyarah itu bermonolog.
“Dah tiba masa aku cerita kat diorang agaknya….” Bermonolog dan terus bermonolog.
Pensyarah itu bangun dari kerusi, pergi mendapatkan mikrofon di tengah hadapan dewan kuliah.

Di-on-kannya.

TAP!

Kemeriahan dewan kuliah berkurang sebanyak 50%, ramai mata yang memandang wajah lelaki itu. Riak wajahnya berbeza.
“Shhh.. Shh…!!” Beberapa orang pelajar memberi isyarat senyap.
Lecturer dah sampai!
Err… Baru perasan ke?

Dewan Kuliah, total senyap.
Tiba-tiba lecturer itu bersuara,
Eh, taklah!!!
Dia menyanyi!!!
“Rahsia ini… Telah lama aku pennnndamkan… Tiba masanya, segala2nya ku ceritakan…. WOO!!!”

WOOOOWWW!!! Gamat dewan kuliah itu jadinya, dah macam konsert Rock Of the world, tapi versi lecturer!

“Perghh, sedap gak en suara dia?” kata seorang pelajar yang duduk di belakaaaaang dewan kuliah.
Setelah semua settle down, lecturer tadi kembali bersuara,
“Ehem.. Assalamualaikum, apa khabar semua?”
“Waalaikumussalam, sihat…” jawab mereka, hamper senada, macam time2 tadika dulu. Nostalgic!

“So hows your midsem?” satu soalan yang cukup mudah,
Namun mengundang seribu satu jawapan kompleks!
“Payahlah doctor!”
“Soalan macam HARAM!”
“Fail la aku kali ni weyh!!”
Bermacam-macam reaksi. Ada yang sedih, ada yang marah.
Lecturer itu tersenyum, lalu ditanya lagi,
“Tapi ok la, dah takdak exam feverkan?” terkeluar loghat kedah di situ…
Semua pelajar menjawab serentak, “YEEEAAAAHHHH!!!” Setuju! 10 000%!

“Bagus la macam tu. Hah, sebenarnya hari ni saya baru je dapat gaji, kebetulan pulak kamu semua pon dah abes exam. So saya ingat saya nak bawak salah seorang daripada kamu keluar makan. Kat Seoul Garden. Sape nak?” Tanya lecturer dengan wajah ceria :D
“Nak! Nak!”
“Saya Doktor! Saya!”
Meriah sungguh lecture hall pada saat itu. Kalau bab makan, … PERGH!!!!
“Ha… Siapa dapat jawab soalan saya yang gile susah ni, saya belanja dia makan!”
Lecture hall kembali senyap, perlahan-lahan… Semua memasang telinga, Fokus 100%. Siapa taknak lecturer belanja makan?
Apa soalannya?

Lecturer tersenyum, wajah2 pelajarnya ditatap penuh kasih saying ?
Semua buat muka excited state!
“Siapa tahu…..” Lecturer itu bersuara.
“Maksud…..” Sengaja lecturer itu berhenti-berhenti. Biar pelajar2nya ghairah mahu menjawab.
“Maksud…………” hormone adrenalin terpancut-pancut,jantung berdegup kencang!
“Maksud PASUM yang SEBENARNYA?”
Nahh! Cepat jawab!
Semua pelajar berebut2 mengangkat tangan, ada yang terus menjerit lantang,
“PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA!” jerit seorang pelajar perempuan Sabah. Jawapannya sama seperti jawapan majority pelajar lain.
Lecturer tadi tersenyum sambil menggeleng.
“Bukan Doktor, jawapan dia Pelajar Asasi Sains Universiti Malaya!”
Seorang pelajar lelaki berkaca mata memberi jawapan.
Sekali lagi, lecturer itu terus tersenyu, dan menggeleng.
“Betul la Doktor, saya da GOOGLE kot! “ jerit ramai pelajar. Dah macam tarzan!

“Sabar2, saya tak kata jawapan kamu salah… Jawapan kamu tu memang BETUL. Tapi soalan saya, apa maksud PASUM yang SEBENARNYA, bukan maksud PASUM yang BETUL.” Kata lecturer kimia tadi.
Dewan kuliah berbunyi seperti langau!
“Sama je la tu!”
“Betul dengan benar, mana ada beza!”
Kata pelajar2 Asasi itu.
Benar? Betul? Apa ni? Ramai pelajar yang menggaru2 kepala yang tidak gatal.
“Pelajar2ku sayang… ? ” kata lecturer itu lembut, cuba kembalikan kedamaian.
Mendengar perkataan Sayang, pelajar2 itu menjadi tenang.. hah…. ? ? ?
“… Di sebalik setiap perkara yang betul, ada kebenarannya. Saya mahukan definisi Pasum yang SEBENAR-BENARNYA, tidak cukup sekadar betul sahaja.”
Ha…?

Tiba-tiba, dalam keadaan semua pelajar sedang pening2 lalat, salah seorang daripada mereka berdiri.
Berjalan dengan penuh yakin, mendekati lecturer.
Dia meminta mikrofon daripada lecturer ,
Dia pun bersuara….
“PASUM is…” penuh debaran…
“OSEM!” penuh confident!
. . . . .
. . .
.
*krik krik…..

Ramai pelajar yang tercengang mendengar jawapan itu.
“Err.. Salah.” Kata lecturer simple.

HAHAHHAHHAAHHH!!!

Satu lecturer hall mentertawakan pelajar itu. Sian do!
“Eh kamu ni, tak baik gelakkan kawan tau. Dah, kamu boleh duduk. Bagi tepukan kat dia, dia confident, saya suka!” Back up lecturer tadi.
Wohooo!!!! Jerit pelajar2 lain, kali ini dengan tepukan.
Setelah tepukan reda, lecturer muda itu kembali bersuara,

“Biar saya cerita ya.. Ramai antara kita, mendefinisikan PASUM itu sebagai PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA. Oleh sebab itu, mereka meletakkan posisi mereka sebagai Pelajar Asasi Sains Universiti Malaya, cukup sampai di situ. FULL STOP…”
Pelajar2 mendengar dengan khusyuk, diam seribu bahasa.
“Maka, kitaran hidup seharian mereka adalah bangun pagi, pergi lecture hall, buat lab report, tiru tutorial kawan, main game, tengok drama korea…”
Ramai pelajar yang tertunduk malu. Kena tepat kat batang hidung!
“Saya tahu… Saya pun bekas pelajar PASUM juga. ” kata lecturer itu, cuba meneutralkan keadaan.
Sambungnya, “Jadual hidup itu akan berulang2 sampai dekat nak exam. Time tu la kita terkena influenza exam fever. Exam ni jadi macam catalyst untuk speed upkan reaction study pelajar. Esok nak exam, malam ni pulon study, solat semua tak tinggal, sampai ada yang tido kat surau sebab tak nak miss suboh. Tapi… bila exam abes, dah tak study, solat tah kemana, last2, tido kat MidValley, Sebab tak nak miss Movie, citer Hansel and Gretel la, ape la..” :P

Dewan kuliah menjadi senyap, aura rasa bersalah menyelubungi kalbu setiap pelajar.
“Kita study kerana exam, tu silap kita. Kita terlalu mengejar 4Flat sampai lupa pada ilmu. Dah tu, bila tak dapat 4flat, kita jadi lemah, kita marah kat Allah. Seolah2 kiamat kecil berlaku.” Kata lecturer muda itu penuh perasaan.
“Kamu ingat nanti kat akhirat Allah akan cakap,
Wahai anak Adam, siapa yang dapat 4flat pergi masuk syurga, yang tak 4flat pergi masuk neraka.
Tak…. Allah takkan cakap macam tu, Allah tak pandang pun 4flat kita…” kata lecturer penuh emosi. Benar sungguh kata2nya.
Setelah lama dewan kuliah senyap, seorang pelajar lelaki bersweater mengankat tangan perlahan2,
“So doctor, exam tu tak penting la ye?” musykil pelajar itu.
Satu senyuman terbit pada wajah lecturer.
“Saya tak cakap exam tu tak penting, Cuma, ada perkara yang jaaaauuuuuuhhhhh lebih penting daripada exam dan 4flat. Yakni ilmu dan amal.”

Ohhhh……

“Kita menuntut ilmu kerana Allah, beramal kerana Allah, berukhwah kerana Allah, melakukan segala kebaikan kerana Allah. Hatta, jawab exam pon kerana Allah.”
Ramai pelajar yang mula tersedar, seolah2 baru trjaga dari tidur yang panjang.
Sambung lecturer itu, “kamu tahu tak, setiap seorang daripada kamu adalah individu2 yang hebat, yang Allah SWT pilih untuk menuntut ilmu kat PASUM ni?”
Pelajar2 teragak2 untuk mengangguk.
“Daripada individu yang hebat, kamu akan bermasyarakat, membangunkan Negara, menegakkan syiar Islam di muka bumi ini! Semua ini bermula dari kamu seorang, seorang ‘Aku’”
Pelajar2 terpukau mendengar kata2 lecturer kimia itu.
“PASUM ini SEBENARNYA sebuah cerita, tentang seorang hamba Allah, yakni kamu semua. Sebuah kisah yang bertajuk….

PERJALANAN AKU SEBAGAI UMAT MUHAMMAD.
PASUM”

Mendengar definisi itu, meremang bulu roma pelajar2. Selama ini mereka alpa, kini mereka cakna.
Lecturer kimia itu tersenyum, melihat wajah bercahaya pelajar2nya yang kini sudah sedar!
“Alhamdulillah, sekarang ni kamu dah faham. Lain kali study kerana Allah ya. Hmm… Boleh tak kamu janji dengan saya satu perkara. Lepas ni, kalau ada mana2 lecturer Tanya ‘hows your exam’ atau ‘hows your result’, kamu jawab ramai2 ‘ALHAMDULILLAH ’ ya?” Rayu lecturer itu.
“InsyaAllah…” Sahut Pelajar2. Sejuk hati lecturer :D
Sungguh, barangsiapa bersyukur maka Allah akan bagi lebih ?
“Baiklah, jom kita tadah tangan, kita doa together2.. Al-Fatihah..”
Semua yang beragama Islam menadah tangan.

“Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunkanlah dosa2 ibu bapa kami, dosa2 pendidik2 kami, dosa2 kami, dan dosa2 seluruh umat Islam.
Ya Allah Ya ‘Alim Ya Hakim, Engkau jadikanlah kami ikhlas menuntut ‘ilmu kerana Engkau ya Allah.
Engkau kurniakan kami ilmu yang bermanfaat, agar kami dapat beramal pada jalan-Mu ya Allah.
Ya Allah Ya Wahab Ya Somad Ya Mujib, Engkau satukanlah hati umat Nabi Muhammad SAW, satukanlah hati kami ya Allah, hati2 keluarga Pasum ya Allah, agar kami dapat menjalankan tanggungjawab kami sebagai khalifah di muka bumi dengan penuh bertakwa, agar kami terus bersaudara dengan tali keimanan yang mantop, berukhwah sampai ke syurga, agar kami menjadi umat Islam yang kuat, dan Berjaya di dunia dan akhirat.
Ya Allah, Engkau kurniakanlah pelajar2 PASUM ini keputusan yang cemerlang dalam midsem mereka, dalam ASASI mereka, dan kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang di sewaktu di akhirat sana,
. . . . .
Amin2, ya Rabbal ‘Alamin…..”
Lecturer muda itu menyapu lembut wajahnya dengan tapak tangan.
“Amin……” Sambung pelajar2nya pula.
Lecturer itu bertanya lagi,
“So hows your exam?”
“ALHAMDULILLAH!!!!” :D jawab mereka, bergema dewan kuliah!
“Alhamdulillah…” lecturer itu menarik lafaz syukur.
“Baiklah semua, saya rasa cukup untuk hari ini, kamu semua boleh balik dan fikirkan kata2 saya ni. Uhibbukumfllah Abadan abada (Aku mencintai kamu semua kerana Allah) ? Assalamualaikum…”
. . . . .
Lecture hari itu penuh bermakna, mendapat santapan rohani daripada insan bergelar lecturer, dan kesedaran daripada Allah SWT.
Kini, dewan kuliah menjadi kosong, hanya tinggal seorang pelajar dengan lecturer muda sahaja. itu…. Pelajar ‘Pasum is Osem ’ la!

“So doctor, takde Seoul garden la ni?” Tanya dia,
“Hahaha.. Kamu ni, dah2, jom balik KK12, saya belanja kamu nasi ayam Mamam dengan air keladi bunting,,, Eh, keladi mambang la! Hahaha!” :D

Alhamdulillah, Sekian
-Coretan seorang Hamba Allah-
“Tegur saya kerana saya tidak sempurna ”
Semoga Allah Redha.

134620726640923

I’ve read this. Serius, memang tepat kena pada kita kan? Itu realiti kita sekarang. So apa tindakan kita lepas ni?

Apa jua perkara yang berlaku kepada kita, setiap daripadanya tersimpan 1001 pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil. Kita perlu ingat semua yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kan?

Untitled

Jadi, perbaiki diri kita. #NoteforMyself

P.s Berubah ke arah yang lebih baik. |>_<|V

Kami sayang PASUM!

 Winners NEVER Quit!

2 thoughts on “Post-Exam?!

  1. “Kamu ingat nanti kat akhirat Allah akan cakap,
    Wahai anak Adam, siapa yang dapat 4flat pergi masuk syurga, yang tak 4flat pergi masuk neraka.
    Tak…. Allah takkan cakap macam tu, Allah tak pandang pun 4flat kita…”
    ~gulp.tersedarr.terima kasih :)

  2. ehsan kau ke yang ckp pasum is osem tuh ??? btw nice entry..betul2…kita selalunya mmg camtu…abes exam sume bende campak tah ke mana…

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s