SmSn (Genetik): A Wondeful Journey

SmSn (Genetik): A Wondeful Journey

Hari ini, saya akan ceritakan review perjalanan hidup saya sepanjang bergelar pelajar Ijazah Sarjanamuda Sains dengan kepujian (Genetik) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Buat pengetahuan semua, program ini telah distrukturkan kepada kursus tiga tahun. Suprisingly bermula kemasukan September 2017, ijazah sarjanamuda ini bakal distruktur menjadi 4 tahun pengajian dengan penambahbaikan kurikulum (Sumber? Hihi. Dari pihak PPBsBt).

Di UKM, program (read: course) Genetik ini diletakkan di bawah pengurusan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Terletak di Bangunan Sains Biologi, inilah tempat saya dan rakan-rakan (21 orang pada ketika itu) berhempas pulas menuntut ilmu daripada para pensyarah yang sangat best, sporting dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Secara jujurnya, memang seronok belajar genetik di UKM!

Program Genetik diajar dalam dua bahasa pengantar, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pada Tahun 1, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama sebelum Bahasa Melayu pada Tahun 2 dan Tahun 3. Bukan sahaja penuntut dalam bidang genetik ini unik (satu, sebab intake yang sedikit), malah cukup RARE kerana kami belajar dalam Bahasa Melayu! Bukan itu sahaja, nak bagitau di sini yang tesis projek tahun akhir (read: fyp) kami juga ditulis dalam Bahasa Melayu!

Susah ke Bahasa Melayu ni dalam penulisan dan pemahaman saintifik? Tak lah. Mudah malah dibantu dengan penerangan oleh pensyarah-pensyarah UKM yang serba hebat!

IMG-20160616-WA0013
BSc. Hons (Genetics) Class of 2016

Kembara menuntut ilmu dalam bidang Genetik ini dimulakan dengan subjek-subjek asas/pengenalan kepada biologi molekul sebelum pengkhususan kepada subjek-subjek Genetik. Anda bakal mendalami subjek-subjek yang bakal menyediakan kefahaman yang pelbagai (diverse) dalam bidang Genetik merangkumi:

Tahun 1

  • Genetik Am
  • Asas Biologi Molekul
  • Asas Mikrobiologi
  • Biologi Sel
  • Kepelbagaian Haiwan & Tumbuhan
  • Kimia Am II
  • Amali Kimia Am I

 Tahun 2

  • Biokimia
  • Teknologi DNA Rekombinan I & II
  • Genetik Mikrob
  • Amali Biokimia I
  • Sitogenetik
  • Genetik Perkembangan
  • Genetik Kulat
  • Pengekspresan Gen
  • Kultur Sel dan Tisu
  • Keusahawanan Sains dan Teknologi
11934517_10205852203759020_5209278822885646445_o
Amali Kultur Sel dan Tisu (Tumbuhan).Btw, this is Syafiq 😛

Tahun 3

  • Genetik Manusia dan Perubatan
  • Analisis Statistik Biologi
  • Biak Baka Tumbuhan
  • Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber Genetik
  • Bioteknologi Haiwan/Tumbuhan (pilihan)
  • Komunikasi Saintifik
  • Makanan dan Gaya Hidup
  • Latihan Ilmiah I dan II
  • Latihan Industri (Internship)

Secara keseluruhannya, kurikulum yang disusun bakal menyediakan anda dengan ilmu pengetahuan dalam bidang genetik merangkumi genetik manusia dan organisma lain (haiwan, tumbuhan, mikroorganisma).

Seronoknya belajar genetik!

Selain pengajaran dan pembelajaran, pelajar genetik juga dihimpunkan di bawah satu kelab yang dikenali sebagai Kelab Genetik UKM. Ditubuhkan pada tahun 2001 (nombor pendaftaran kelab: #100), Kelab Genetik UKM merupakan antara kelab yang aktif dengan penganjuran aktiviti untuk ahli-ahli Kelab Genetik. Pelajar tidak hanya belajar, namun dididik dengan kepimpinan dan kemahiran menguruskan organisasi dan program sepanjang pengajian di UKM.

Kelab Genetik
Logo Rasmi Kelab Genetik
13096291_1082470618458910_266444947928080196_n
Malam Gala Genetik 2016 (Erm, yang hujung tu saya. Hihi)
12030329_10208050963890123_3985586588367205570_o
Kem Jalinan Kromosom di Santuari Ikan Kelah, Sungai Chiling KKB 2016

Seriuosly, rindu sangat dengan kawan-kawan di UKM especially coursemate Genetik.

Wherever you are right now, all the best for your future and career.

Untuk juniors, rajin-rajin belajar dan selamat maju jaya. Enjoy your days in UKM and all the best!  InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi! Dan kepada adik-adik di luar sana yang berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang ini, saya harap posting ini dapat memberi gambaran program Ijazah Sarjanamuda Sains (Genetik) UKM. Jangan takut untuk mencuba, explore your world and good luck! 🙂

IMG-20161107-WA0043.jpg
Advertisements