Kejutan Hari Ini…14 Disember 2010

السلام عليكم . Salam sejahtera . Guten Morgen

 

What had happen today?

Urm…

Sebenarnya perkara yang berlaku hari ini memang tidak dijangka. Pada pagi yang hening pagi ini…(agak hujan jugak…renyai-renyai), datangla seorang posmen kat rumah.

Mula-mula malas nak menyibuk, sebab rasanya tak berkaitan. Tiba-tiba…ayah panggil aku.

“Ehsan, turun bawah kejap.”

Pelik juga, kenapa agaknya?

Rupa-rupanya ada satu surat yang agak pelik la rupa bentuk nya, sampul surat warna kelabu, dan ada barcode lagi kat surat tu. Unik juga!

Aku pun baca apa yang tertulis pada surat tu,

_______________________________________________________________________________________________________

Standige Konferenz

der Kultusminister der Lander

in der Bundesrepublik Deutschland

Postfach 22 40 . 53012 Bonn

Herr

Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli

_______________________________________________________________________________________________________

Rupa-rupanya, surat tu dari German. Dipos oleh Setiausaha Kementerian Kebudayaan German di Bonn, Germany.

Surat tu menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada pihak Pädagogischer Austauschdienst sempena penghantaran laporan Program Pertukaran Pelajar di German pada 23 Jun-23 Julai lalu.

Oh…ingatkan apa tadi. Surat yang mempunyai dua muka surat tu ditulis sepenuhnya dalam bahasa German. Fuh… penat nak terjemah.😀

Apapun. pengalaman yang telah ditimba di sana banyak mengajar erti persahabatan, semangat untuk terus memajukan diri dan pelbagai ilmu di dunia luar. Segala ilmu yang ditimba di sana akan dijadikan motivasi untuk terus berjaya.

Ke arah mencapai matlamat:

1 Matlamat   1 Hasrat   1 Semangat

Altima 0711 Pasti Boleh

post by Ehsan Fitri

p/s: Sebenarnya kita bertuah berada di bumi Malaysia ini, jadi gunakan kelabihan ini untuk menyemarakkan lagi semangat untuk terus berjaya dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pengalaman berada di Germany selama sebulan telah membuka mata saya bahawa, persaingan di dunia luar sangat hebat dan sesiapa yang tidak mampu untuk menyainginya…pasti akan kecundang. Renung-renungkan…

One thought on “Kejutan Hari Ini…14 Disember 2010

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s