Add Math…

السلام عليكم . Salam sejahtera . Guten Morgen

Semalam ada kelas Add Math dengan Cikgu Azizi dari SBPI Pekan…biasalah, dah nak SPM. Jadi kena la join kelas tambahan sebab nak cemerlang tahun depan. Bukan apa, ikhtiar agar tahun depan takdela kekok bila belajar benda baru…betulkan?

Terus terang aku katakan bahawa memang seronok belajar Add Math terutamanya apabila kita dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

Sepanjang mengikuti kelas Add Math dengan cikgu tersebut, memang aku akui bahawa bukan mudah untuk kita score subjek ini kecuali dengan latihan yang berterusan, usaha yang jitu serta keazaman yang tinggi ditambah pula dengan doa dan tawakkal kepada Allah swt.

Urm…saja je aku nak cerita pasal Add Math ni sebab aku pun bukannya pandai sangat dalam subjek ni.

Cuma hari tu aku belajar tajuk Form 5, Integration (Bab 3). Cikgu Azizi cakap,

Integration is the inverse of Differentiation.”

Entahla, tajuk ni bagi aku okla. Lepas beberapa penerangan dan latihan, kami bergerak ke tajuk Trigonometry Function. Tajuk ni pun banyak melibatkan keyword yang perlu difahami sedalam-dalamnya. Banyak juga bentuk-bentuk graf yang perlu difahami sewajarnya!

Agak berbelit jugak kepala ni bila tengok banyak graf dalam bab ni. Hehehe🙂

Apa jua bab yang ditempuhi, kita kena ingat….matlamat kita adalah untuk berjaya dalam SPM yang akan kita tempuhi!

Ingat, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang…Usaha tangga Kejayaan!

Realisasikan matlamat kita…

1 Matlamat   1 Hasrat   1 Semangat

Altima 0711 Pasti Boleh!

Insya-Allah!

post by Ehsan Fitri

p/s: Walau apa jua rintangan yang melanda, walau betapa susah sekalipun subjek yang dipelajari…kita perlu ingat yang hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. Pohonlah apa jua kepada-Nya, insya-Allah…

2 thoughts on “Add Math…

  1. mak ak pun ade ckp psl integration tuh.. die utk kire area ke volume x igt plak.. ahahah~
    klu differentiation plak utk kire gradient.. hehehe~
    tp 1 haprak pun ak xtau.. thn dpn ko jelah yg ajr ak addmath.. dr tjuk form4 smpi form5!!

    1. so, macam biasalah gm2 ku sekalian, kecil tapak tangan, nyiru saya tadah kan. ilmu perlu dicurah, kan kan? HAHA.

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s