Ucapan Umum Kepada Pelajar Tingkatan Lima 2010

السلام عليكم . Salam sejahtera . Guten Morgen

Kepada semua bekas calon SPM 2010, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh…

Tahniah saya ucapkan kerana telah selesai menduduki kesemua peperiksaan dengan jayanya. Diharap anda semua bakal mencipta satu lagi sejarah kepada SBP Integrasi Temerloh!

Sejarah telah membuktikan bahawa, dengan keazaman yang teguh dan usaha yang berterusan…KEJAYAAN pasti dapat digapai dengan mudah. Saya juga akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan, jadi saya sering melihat dan memerhatikan pelbagai cara yang telah saudara dan saudari usahakan, agar dapat saya jadikan panduan untuk menggarap keputusan yang cemerlang pada tahun hadapan.

Segala tunjuk ajar yang telah diberikan…segala nasihat yang diutarakan…dan segala tips dan panduan yang disampaikan mungkin dapat kami praktikkan pada tahun hadapan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan seperti yang saudara dan saudari telah lalui sepanjang sebulan yang lalu.

Tiada kata yang dapat diucapkan…dan tiada hadiah dapat diberikan daripada saya. Hanya iringan doa yang dapat kami kirimkan kepada saudara dan saudari sekalian. Insya-allah!

“Semoga Berjaya”

Saya mewakili kesemua warga SBP Integrasi temerloh akan sentiasa mendoakan anda semua. Selamat menjadi ALUMNI SBPIT! Impervious 93 Pasti Boleh!

1 Matlamat   1 Hasrat   1 Semangat

Altima 0711 Pasti Boleh!

post by Ehsan Fitri

p/s: Jika ada kelapangan, jenguk-jenguklah kami di Bumi Bertuah SBPIT!

One thought on “Ucapan Umum Kepada Pelajar Tingkatan Lima 2010

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s