PMR 2010…Tahniah!!!

السلام عليكم . Salam sejahtera . Guten Morgen


23 Disember 2010…

Hari ini merupakan hari yang sangat mendebarkan buat semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia terutamanya di SBP Integrasi Temerloh dan di rumah aku ni. Hehehe.

Keputusan PMR telah pun selesai diumumkan pada hari ini tepat jam 11 pagi di seluruh Malaysia. Dilaporkan sebanyak lebih 30,000 orang calon PMR tahun ini berjaya mendapat pangkat A bagi semua matapelajaran yang diduduki. Tahniah diucapkan kepada semua!

Buat adik kesayanganku, Nurul Nadiatul Shamimi binti Rusli yang turut mendapat 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan pada hari ini…abang bangga dengan keputusan adik kesayangan abang ni. TAHNIAH!!!😀

Tidak ketinggalan junior-junior Tingkatan 3 di SBP Integrasi Temerloh, dilaporkan sebanyak 29 orang calon telah berjaya mendapat 9A dalam PMR kali ini. TAHNIAH diucapkan!!!😀

Sebenarnya…kejayaan dalam PMR kali ini merupakan pembakar semangat buat diri kita untuk terus melonjakkan kecemerlangan dalam bidang akademik yang akan kita lalui lagi selepas ini. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah tiket yang bermakna kita akan terus berjaya buat selama-lamanya…

Tanpa usaha yang berterusan, kita mungkin akan kecundang dengan palbagai anasir-anasir luar yang sentiasa menunggu peluang untuk merosakkan masa depan kita.

Bagi yang kurang bernasib baik…usahlah kita berasa sedih dan berputus asa. Berpeganglah kepada peribahasa Melayu yang mengandungi maksud yang sangat mendalam iaitu…

“Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya…”

Ingatlah bahawa jikalau kita jatuh pada hari ini, kita perlu buktikan sesungguhnya kita tidak akan jatuh lagi pada masa hadapan! insya-Allah…

Sebelum terlupa…andai kita telah berjaya pada hari ini, janganlah kita lupakan segala jasa dan pengorbana para guru yang dengan lembut dan sabar mengajar kita pada hari ini. Ucapkanlah sekurang-kurangnya ucapan terima kasih yang ikhlas daripada hati yang suci dan luhur ini kepada mereka. Sesungguhnya, mereka tidak mengharapkan apa-apa kecuali kejayaan yang bakal ditempa anak-anak didik mereka!

Akhir sekali, sekali lagi ucapan SYABAS dan TAHNIAH ini berhak diucapkan kepada anda semua!

1 Matlamat   1 Hasrat   1 Semangat

Altima 0711 Pasti Boleh!

post by Ehsan Fitri

p/s: Target seterusnya…SPM 2012!😀

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s