…Selamat Datang 2011…Jumpa lagi 2010

السلام عليكم . Salam sejahtera . Guten Morgen

 

 

Tarikh hari ini… 1 Januari 2011…

Bermakna kita telah melangkah ke tahun baru…

Tahun baru…Matlamat Baru…

Tahun baru…Azam baru…

Tahun baru…Tanggungjawab baru…

Tahun baru…Misi dan Visi baru…

Melangkah ke tahun baru bermakna membuka satu lembaran baru dalam hidup kita. Sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai anak dan sebagai teman, hubungan kita dengan masyarakat sekeliling haruslah bermula dengan satu pengisian baru ke arah pembentukan satu kerjasama mencapai cita-cita masing-masing.

” Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling sepanjang 2010, kita perbaiki agar 2011 lebih bermakna bagi kita semua”

Saya akui…memang sedih hati ini untuk meninggalkan 2010 yang telah memberikan saya pelbagai memori-memori dan pengalaman indah dalam hidup ini.

Tahun 2010 telah mengajar saya erti persahabatan, erti kebertanggungjawaban, erti globalisasi yang sebenar dan erti perjuangan menempuh cabaran bagi menggapai kejayaan sebenar SPM 2011.

Saya kira semua orang telah memperoleh hadiah yang paling bermakna dalam 2010 termasuk saya dan jadikan hadiah bermakna itu sama ada dari segi persahabatan dan pengalaman sebagai pemangkin atau catalyst dalam usaha ke arah mencapai cita-cita kita.

Kepada rakan-rakan ALTIMA 0711 yang bagi saya telah melangkah ke Tingkatan Lima hari ini… matlamat kita hanya satu:

Straight A’s for all subjects in SPM 2011…Insya-allah

Kepada adik-adik kesayanganku sama ada yang berada di rumah atau di mana jua kita pernah berjumpa atau tidak…perjalanan kita masih jauh dan belum selesai… Hanya satu yang abang ingin berpesan khas buat adik-adik semua:

Perjuangan kita belum selesai… Hanya usaha berterusan yang mampu merealisasikan cita-cita kita..May the best will win!

Ingat, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang…Usaha tangga Kejayaan!

Realisasikan matlamat kita…

1 Matlamat   1 Hasrat   1 Semangat

Altima 0711 Pasti Boleh!

Insya-Allah!

post by Ehsan Fitri

p/s: Semarakkan api perjuangan 2011…Vielen Dank 2010…Willkommen 2011…!!!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s