Karnival Pendidikan MAra?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Alhamdulillah, aku baru je selesai melawat KArnival PenDidikan MAra 2012 kat Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan (SAsICC) hari ni. Banyak maklumat yang boleh dikongsi terutamnya melibatkan penajaan pelajaran Mara untuk lepasan SPM macam aku ni.

Kalau nak dibandingkan Pameran Pendidikan Mara ni dengan AKrnival JOm Masuk U yang aku join awal Januari dulu, karnival ni lebih kepada peluang pelajran di kolej-kolej yang dibawah kelolaan MAra so kurang la tentang IPTA macam UM, UKM, UIA dan sebagainya.

Bro! Pergi tak bagitau pun~ [Eh2?! Ada bagitau la]

Ok, aku tulis post kali ni sebenarnya untuk menjawab segala pertanyaan tentang penajaan MAra hasil temuramah dengan Pegawai MAra tadi. Aku harap dapat bantu lepasan-lepasan SPm yang nak further dalam atau luar negara.

Soalan : Mara ada sediakan Biasiswa ke untuk lepasan SPM [soalan yang paling ROCK!]

“Untuk makluman adik, [sopan betul pegawai tu…hehe] Mara dah tak wujudkan Biasiswa sejak 2 tahun yang lalu, yang ada hanyalah pinjaman pendidikan Mara.”

Soalan : Kalau pinjaman mesti kena bayar balik kan??? [abis la duit…]

“Kita tengok berdasarkan pencapaian adik time adik belajar, kalau adik menepati pointer yang ditetapkan, adik cuma perlu bayar 10-15% daripada pinjaman tersebut. Sebab tu adik kena la fight betul-betul, belajr rajin-rajin supaya nanti senang parents adik, tak payah bayar semua pinjaman tu.”

Soalan : Boleh terangkan syarat kelayakan untuk mohon pinjaman ni tak?

“Ok, untuk pinjaman MAra especially untuk perubatan [maaf, aku tanya perubatan je sebab ramai sangat kawan-kawan aku nak apply yang tu…sorry] adik ni lepasan SPm kan? Sekurang-kurangnya adik dapat semua A-, memang layak sangat untuk mohon pinjaman ni. At least 9A-. Kalau yang A+ tu lagi la layak~”

Soalan : Macam mana nak apply? Dah ada ke?

“Saya tak boleh bagitau tarkh yang tepat tapi kalau mengikut jadual Mara, pinjaman tu akan diumumkan hari ni. Setidak-tidaknya hujung Mac atau dalam bulan April juga. Kalau adik online Fb, tengok-tengok la laman web Mara. (dia tunjuk brochure yang ada laman web mara [www.mara.gov.my] Tengok bahagian pengumuman je, Insya-Allah boleh apply…”

Soalan : Pinjaman ni untuk dalam ke luar negara?

“Mara sediakan pinjaman untuk kedua-dua opsyen. Tapi adik boleh pilih satu je antara dalam atau luar negara. Adik nak belajar dalam ke luar negara?”

[aku jawab dalam negara, tapi kata teringin juga nak ke Ireland]

“Okey, kalau nak ke Ireland adik kena ikut cara ni…

Persediaan di Kolej Mara Banting untuk IB (International Baccalaureate) [2 Tahun]

Ireland [2.5 Tahun]

Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS), Pulau Pinang [2.5 Tahun]

Graduate dengan Ijazah MBBS dari Ireland.

“Tapi kalau nak dalam negara, adik akan buat persediaan  di Kolej Mara Banting untuk IB (International Baccalaureate) [2 Tahun] jugak dan sambung di universiti kelolaan Mara [5 Tahun]”

Soalan : Kalau saya nak ke Jordan atau Mesir? Kalau Australia?

“Ok, untuk ke timur Tengah, adik akan buat persediaan di Intec UitM dahulu sebelum ke Universiti di Mesir atau Jordan

Untuk Australia, sama seperti cara nak ke Ireland  (IB (International Baccalaureate) [2 Tahun]) tapi adik akan buat full course di Australia [5 Tahun]”

Ada apa-apa soalan lagi?

Soalan : Selepas apply kena temuduga kan?

“Semua calon yang layak akan ditemuduga, so kalau adik perform time temuduga tu, adik akan layak [dia senyum]”

Soalan : Kita boleh buat berapa pilihan? Ke 1 je macam nak buat medic kat Ireland. Atau boleh pilih nak ke Jordan jugak?

 “Selalunya borang permohonan tu akan bagi dua pilihan tapi saya pun kurang pasti”

So terima kasih ye Mara…hehe. Insya-Allah nanti ada la kawan-kawan aku yang akan apply untuk temuduga tu. Apapun,

ALL THE BEST!

Saya mungkin akan berada di sini sahaja! hehe

P/s : Harap membantu yek, hehe. Insya-allah kwana-kawan yang apply akan dapat nye~

“Winners NEVER Quit”


2 thoughts on “Karnival Pendidikan MAra?!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s