Hadiah?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Alhamdulillah. Hehe. Setiap nikmat perlu disyukuri, betul?

Haha. Dah lapan hari tak update blog ni..Kesian dia. =]

Banyak benda nak dikongsikan bersama, berkaitan dengan nikmat yang dikurniakan oleh Pencipta kita. Kan?

[Bro? Kenapa ni, ada hadiah ke? Hehe?]

Ish, bukannya hadiah..tapi hadiah tu nikmat jugak kan? Hehe, dari sekecil-kecil hadiah sampailah sebesar-besar hadiah, yang penting kita kena hargai dan bersyukur atas segala kenikmatan yang dikurniakan.

[So Bro, apa sebenarnya hadiah-hadiah tu? Haha -evil laugh- ]

Hehe. Tau-tau je kita dapat hadiah.

[Comel kucing tu =]

Yang pertama, sebenarnya memang satu pengiktirafan yang paling besar dan tertinggi penah aku dapat : diumumkan sebagai tokoh pelajar sekolah. Walaupun memang banyak orang cakap [tak banyak pun, ada lah especially Abdullah Anas =P], aku ni bukanlah hebat sangat dan smestinya ada lagi orang-orang lain yang lebih berkelayakan untuk anugerah tu.

Tapi, betul apa orang kata :

Rezeki jangan ditolak.

Yup, aku terima penganugerahan itu, dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, kawan-kawan dan famili. Senbenarnya aku ni biasa-biasa je. Yang patut berbangga dengan anugerah ni ialah:

Ayah. Mama. Abang. Adik. Keluarga. Kawan. Guru. Sekolah.

Anda sebenarnya tokoh sememangnya diakui berjaya membentuk diri aku yang tak seberapa ni. Andai tiada orang-orang diatas, tak mungkin kejayaan ni kita kecapi. Right? Anugerah ini untuk kita semua!

Sebenarnya time dipanggil ke atas pentas, aku terpikir…

Adakah aku sememangnya layak?

Wajarkah?

Bolehkah orang lain mencontohi aku?

Yup, memang diakui. Aku pun ada jugak buat salah. Dengan semua orang. Maaf. Mungkin anugerah tu ada hikmah disebaliknya. Mungkin satu hari nanti. Aku akan jadi lebih baik.

Yup, lebih baik!

Yang kedua, hari ni ada test JPJ untuk kereta. Hehe. Serius. Memang aku tak boleh tido malam tadi. Cuak!

Nenek pesan, sebelum pergi bacalah doa. Doa kan senjata. So, aku pun pergilah tempat driving school tu.

Alhamdulillah, semuanya ok. Mr. JPJ pun rileks je, aku yang gabra lebih. Haha. Keluar je kereta lepas test, Mr. JPJ tu kata

“Nanti, bawak kereta elok-elok. Jadi pemandu yang berhemah!”

Roger tuan! Hehe. Insya-allah.

Yup, ini mungkin dua hadiah yang aku dapat dalam masa beberapa hari ni. Tapi kadang-kadang aku lupa, sebenarnya…

Hadiah yang paling BEST! super duper BEST adalah…

ANDA!

Anda AYAH saya! Anda IBU saya! Anda KELUARGA saya! Anda SAHABAT saya! Anda GURU saya!

Terima kasih kerana sudi menjadi hadiah yang terBEST dalam hidup saya.

P/s: Bersyukurlah.. =]

 Winners NEVER Quit!

3 thoughts on “Hadiah?!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s