Ujian?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Alhamdulillah, akhir sekali dapat lagi peluang nak update blog kesayangan ni. Aku sayang blog ni, tau! Haha

[Bro, ko sayang aku? Haha]

Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Sememangnya kehidupan ni banyak ujian, sama ada ujian yang berbentuk kenikmatan atau pun yang berbentuk satu kesusahan. Betul?

Terpulang kepada kita cara yang kita guna kan untuk menghadapi ujian ni.

Sebenarnya, time post ni ditulis..da 24 jam selepas satu kejadian yang berlaku kepada family aku. Yup, semalam.

Dalam kegembiraan aku balik dari Kuala Lumpur, selepas penat-penat join Kuala Lumpur International Book Festival tu, siapa sangka macam-macam benda boleh berlaku. Kan?

Ditakdirkan kereta ayah aku broke down pukul 7 malam, tepi expressway Pekan-Kuantan. dah hampir 1 jam kat situ, takde sorang pun yang berhenti tanya apa yang japa walaupun jelas-jelas nampak kereta tu dah pasang hazard light.

Alhamdulillah, aku yang datang dengan pak cik teksi ke tempat kereta ayah aku tersadai tu tepat pada masanya. Pak cik tu sanggup tolong ayah aku, belikan bateri kereta baru yang harga beratus jugak la. [walaupun sebenarnya aku ngan ayah aku yakin bukan masalah bateri, tapi enjin memeang tak boleh start!]

So, lepas tukar bateri baru enjin kereta pun boleh start. tapi, cukup untuk 30 minit je. Then, kereta tu dah macam nyawa-nyawa ikan ayah aku menggagahkan diri [hehe] drive sampai ke Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, KIPSAS.

Kitorang pun dah tak tau nak buat macam mana lagi, so decide untuk overnight situ. Dalam kereta. So, berhimpit la kami semua sampai la azan subuh. [sebenarnya aku tak boleh tidur, haha. Pukul 3 pagi baru tertidur.]

Esoknya, sekali lagi syukur ada pak cik mekanik ni sudi repair kereta ayah aku. Dia bawak ayah aku ke tempat jual sparepart kereta [rupanya kereta tu rosak disebabkan alternator, satu bahagian yang bertindak mengecas kembali bateri kereta]. Beli alternator baru yang harganya RM ratus-ratus. Mahal gak la.

Pak cik, sori muka tak nampak. Hehe =]

So, selepas berhempas pulas pak cik tu repair [sambil dia cerita yang dia mula jadi mekanik start umur 13 tahun, pernah kerja di Saudi Arabia dan lain-lain]. Pukul 2 petang, alhamdulillah…selamat sampai ke rumah. [Kiki, kucing family kitorang tengah kelaparan time tu]

Yang best nya, sampai rumah dapat berita gembira! Aku ditawarkan pengajian Asasi Sains Hayat ke Universiti Malaya. Syukur. Memang aku teruja sangat-sangat nak belajar kat sana. Insya-Allah. Ada rezeki kita melangkah ke UM.

P/s: Setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya. =]

 Winners NEVER Quit!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s