Temuduga?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Alhamdulillah, semalam perkara yang paling dinanti-nantikan oleh sahabat-sahabat aku pun muncul. Nasib baik Uncle Mara tu okey je, walaupun ada berlaku beberapa kali ralat dalam laman web dia.

Yup, MAra! Itu lah persoalannya. Kenapa Mara? Sebab kawan-kawan aku tu, tak lama lagi diorang akan terbang ke luar negara. Tempat yang jauh daripada aku. Haha

[Eh?! Bro? Ko tak apply ke Mara tu?]

Oh, haha. Tak pun. Tapi yang paling best sekali, aku dah dapat apa yang aku idamkan. Tawaran belajar ke universii tempatan yang memang aku dah lama tunggu. Syukur~

Sebenarnya, Uncle Mara tu dah buat kawan-kawan aku tu tak senang duduk, macam ada masalah yang paling besar pernah diorang dapat. Yang penting :

Rilekslah!

Aku pun tak berapa pasti sangat berapa ramai kawan-kawan aku yang dapat panggilan Mara tu, cuma anda semua jangan risau. Apapun yang terjadi, kami tetap doakan anda semua berjaya dalam apa jua tugasan yang Uncle MAra tu nak bagi. Sama ada temuduga [baik individu atau berkumpulan], atau tiba-tiba dia suruh kawan-kawan aku ni bagi syarahan dan sebagainya, jawablah dengan hati yang tenang dan fokus kepada apa yang dipersoalkan.

Selain itu, yang paling penting:

Jawablah dengan JUJUR.

Yup, kadang-kadang kita mungkin kurang pasti dengan apa yang kita lontarkan sebagai jawapan kepada soalan penemuduga. Mungkin benar ada yang berpendapat, semua jawapan tu mestilah disokong dengan satu bentuk jawapan yang benar-benar kukuh.

Tetapi, Uncle Mara tu pun manusia jugak kan? Kejujuran dan keikhlasan jawapan kita pasti dapat memudahkan segala urusan kita ditambah pula dengan redha Allah.

Erm. kalau tips temuduga tu. Tak boleh la nak cerita kat sini. Haha. Sebab banyak kut. Lagipun masing-masing mesti pernah hadir ke mock-interview. Kan?

Cuma,

Please bear in your mind :

Your parents, your teachers, your family, your kins and all of your friends [including ME [ ~_^] are always there, praying to the Almighty so that you are the one who manage to overcome this.

Insya-Allah.

Akhir sekali, buat yang terbaik ye~!

P/s: Ada berita mengenai sahabat kami yang gagal mendapat tawaran ke matrikulasi dan universiti walaupun memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mohon agar beliau sabar dan tabah kerana ujian Allah itu pasti menjanjikan hikmah yang manis di sebaliknya. =]

 Winners NEVER Quit!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s