Janji?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Sebelum anda mula membaca, memberi komen atau pendapat, saya ingin tegaskan bahawa ini hanya merupakan pandangan peribadi saya terhadap satu situasi. Saya amat mengharapkan komen dan penjelasan kerana saya juga masih belajar.

Janji. Satu perkataan. Mudah dilafazkan.

Saya menulis kerana satu isu, satu situasi. Situasi yang bagi sesetengah orang ini adalah satu perkara yang mudah. Tapi saya inginkan satu penjelasan.

Ya, penjelasan.

Saya mulakan dengan satu situasi yang mudah.

Situasi 1
Suatu hari, Abu berjumpa dengan Ali.
Abu : Ali, tolong ajarkan aku Biology.
Ali : Biology? InsyaAllah. Tapi aku pun bukanlah pandai sangat.

Mudah kan?
Baca situasi 2

Abu : Ali, boleh ajarkan aku Biology malam ni.
Ali : Maaf Abu, aku ada hal sikit malam ni.
Abu : Apa ni Ali, hari tu kau dah janji nak ajar aku. Kau tak tepati janji.

Lihat. Situasi yang mudah kan? Tapi beberapa persoalan timbul.

Persoalan 1
Apabila Ali melafazkan kata “InsyaAllah”, sebenarnya adakah Ali telah berjanji?
Sedangkan pada pendapat saya, suatu janji memerlukan satu akad ataupun lafaz lain yang lebih terperinci serta telah dipersetujui kedua-dua pihak. Ini pendapat saya.

Saya mohon penjelasan.

Persoalan 2
Memandangkan Abu telah datang kepada Ali memohon agar diberikan pertolongan tetapi Ali tidak dapat membantu Abu kerana ada hal lain yang perlu diuruskan. Adakah Ali dianggap memungkiri janji?

Saya mohon penjelasan.

Persoalan 3
Jika Ali dianggap telah berjanji dengan Abu, apakah kedudukan Ali? Adakah Ali dikira sebagai bersalah dan berdosa?

Saya mohon penjelasan.

Persoalan 4
Jika Ali dianggap tidak bersalah, tetapi Abu bertindak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain dengan mengatakan Abu seorang yang tidak menepati janji serta tidak boleh dipercayai. Ali mungkin tidak mempedulikan tindakan Abu tetapi apakah implikasi terhadap Abu sendiri? Seolah-olah Abu telah menuduh Ali. Adakah Abu dikira menyebarkan fitnah?

Saya mohon penjelasan.

. . .

Saya menulis kerana saya takut pendapat saya ini salah. Justeru saya mengharapkan penjelasan daripada mereka yang lebih arif dalam hal ini.

Memang, isu ini mungkin satu isu picisan yang tidak perlu difikirkan. Tetapi kita perlu ingat, memberikan penjelasan kepada orang yang tidak tahu itu sangat berguna.

Saya membayangkan jika saya ialah Ali dalam situasi tersebut, apakah saya mampu menahan dariapada diasak dengan pelbagai pertanyaan seperti “betulke kau tak tepati janji dengan Abu hari tu?” serta pandangan serong orang lain.

Apa sahaja yang keluar daripada mulut akan menerima balasan sama ada baik atau buruk.

Saya berpegang kepada satu kata:

Diam boleh mengelakkan daripada menimbulkan masalah tetapi diam tidak akan menyelesaikan masalah.

Ingatlah, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.

Think twice.

P.s : Maaf, takde kaitan dengan sesiapa.

 Winners NEVER Quit!

 

2 thoughts on “Janji?!

  1. well … totally agreed dgn luqman. Besides, kalau ali btul2 ade perkara yg penting utk dibuat dan terpaksa mungkir janji, sudah tentu ali perlu utamakan perkara yg lebih utama tu. tentang Abu crite pada org ramai, memburukkan ali , perbuatan abu itu trsangatlah salah.

  2. In my personal view Ali x salah.. Coz Insyallah bermaksud sekiranya allah izinkan. Jikalau ketika Abu meminta tolong dan Ali tidak dpt menolongnye pada waktu itu , pada pahaman saye. Ali tidak diberikan kesempatan oleh Allah utk mmbantu Abu.. Lastly aku rse Abu x patut tuduh Ali bukan2. Act mcm bdk2. Spatutnye resolve the matter dngn cara berbincang dengan baik..🙂

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s