Dia?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Siapa dia?

Yup, dia. Dia sahabat aku.

Sebenarnya aku tak pernah pun tulis satu post yang special tentang seseorang. Tapi kali ni mungkin lain sikit. Kali ni je. =P

Opps!! Sebelum tu, ‘dia’ bukan seorang perempuan yang special tau. Jangan salah faham! ^^

Dia sahabat aku.

Sejak 2007 alhamdulillah aku dapat kenal dia. Haha. Itu cerita 5 tahun yang lalu dan kalau korang tanya macam mana aku boleh kenal dia pun mungkin aku da lupa. Haha ^^

Tapi hari ni, aku bersyukur kami masih lagi kekal kawan. Harap-harap kekal hingga ke akhirnya. Amin.

Dia sahabat aku.

Itulah dia, orang kata kawan aku ni HOT. Jejaka idaman. Cakap je apa yang dia takde, lengkap. Kenapa? Tak percaya eh? =_=’

So, siapa-siapa yang berkenan tu maaf la yup. Dia dah berpunya. Haha. Takdelah. Saja gurau. [Ingat aku tak nampak muka korang merah tadi.] Haha. ^^

Dia sahabat aku.

Yup, dia akan pergi. Pergi ke tempat yang jauh sangat. Aku pun tak mampu nak pergi situ. Tapi dia pergi bukan suka-suka. Dia pergi dengan satu matlamat. Ish, susah sangat ke nak faham. Dia pergi belajar, luar negara. Haha.

Aku tak dapat nak join dia belajar sama-sama kat sana. Macam time kami sekelas dulu. Dulu kalau aku tak faham, dia ajar aku. Tapi kali ni dia pergi. Kalau dulu kami tidur dalam kelas sama-sama, tapi kali ni aku tau yang dia tak akan tidur lagi. =]

Dia sahabat aku.

Aku tak dapat nak ikut kau kali ni. Tapi aku nak kau tahu yang kami semua tetap ada di sini. Kekal di sini. Aku dan kawan-kawan kita akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Tau! ^^

Dan sebenarnya aku tak tau pun siapa yang akan sudi baca post kali ni. Tapi aku harap kau akan tahu. Aku dan kawan-kawan kita pasti akan rindu kau. Tak percaya lagi?Tengoklah nanti.

Dia sahabat aku.

Lastly, selamat maju jaya dari aku. Aku tau kau boleh. Kau tak payah nak tipu kami sebab kami kenal siapa kau. Tau!

Buat elok-elok tau. Jumpa 5 tahun lagi. [jangan lupa aku!]

Alles Liebe und Alles Gute!

Dan dia sahabat aku. ^^

P.s : ‘Aku’ di atas bukan lah aku pemilik blog ni tapi ‘Aku’ tersebut adalah kami semua yang mengenali ‘Dia’. Kiranya aku ni wakil untuk tolong tulis kan luahan hati kami semua. ^^

 Winners NEVER Quit!

2 thoughts on “Dia?!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s