2013?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

Kalau Google ada Zeitgeist sebagai kesimpulan apa yang dah terjadi setiap tahun terutamanya 2012, rasanya tak keterlaluan kalau kita wujudkan satu Zeitgeist untuk diri kita. Kita lihat dan kaji semula apa sebenarnya yang 2012 telah lakukan terhadap diri kita, secara ringkas yang pastinya banyak mengubah jalan hidup kita.

Kalau nak tau, Zeitgeist tu perkataan bahasa Jerman yang bermaksud “The Spirit of Time”. Best kan bunyi dia? Hehe.

PicMonkey Collage (2)

Ok. Pendek cerita. 2012. Panjang ceritanya sebenarnya tapi sememangnya masa begitu cepat berlalu. Banyak benda yang sudah berlaku dan meninggalkan kita. Sama ada kita mengambil pengajaran dan hikmah di sebalik semua yang telah ditentukan olehNya.

Nak diceritakan, terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Ayat cliche: suka, duka, pahit, manis, sedih semuanya ada, Cukup segala rempah ratus yang menjadikan hidup kita lebih banyak asam garamnya. Kan?

Peluang berkenalan dengan pelbagai rakan semasa 2012 memang satu kelebihan yang terbaik!

Bermula dengan habisnya SPM 2011, 2012 bermula dengan keputusan yang diumumkan. Alhamdulillah semuanya baik. Syukur!

Zeitgeist 1 : Kegagalan.

Kita mula dengan cerita kegagalan dahulu, sebagai peringatan setiap orang pasti melalui kegagalan sebelum kejayaan.

Temuduga Pegawai Kadet UPNM : Mungkin bukan rezeki di situ. InsyaAllah ada yang lain menanti.

Program Kepimpinan Yayasan Tun Abdul Razak : Terpaksa menolak walaupun sudah bersusah payah untuk dapatkan tempat.

Keputusan Semester 1 Asasi Sains UM : Diakui, sememangnya sangat sedih dengan keputusan tu. Rasa terlalu susah untuk bangun semula. Tapi anda hadir memberi semangat!

Funny_wallpapers_215

Zeitgeist 2: Kejayaan

Kejayaan hanya datang dengan usaha dan doa. Saya bukan orang genius, sebab yakin tanpa usaha kita tidak akan dapat apa.

Keputusan SPM : Hadiah 1 – Alhamdulillah. Ini hadiah untuk ayah, mama, family, cikgu dan semua!

Anugerah Lencana Penuh SBP : Hadiah 2 – Memang tak disangka, datang dengan penuh kejutan kerana saya tahu sememangnya saya hanya pelajar biasa-biasa.

Asasi Sains Universiti Malaya : Hadiah 3 –  Bukan senang nak dapatkan tempat di sini dan cukup bangga lihat semua ahli keluarga gembira.

Itu antara yang dapat saya kongsikan.

PicMonkey Collage2

Without family, we are nothing!

Tanpa sokongan, dorongan keluarga, guru, kawan-kawan semua itu takkan berlaku. Mereka inspirasi, rakan ketika suka, teman ketika duka. Mereka motivator saya! I am really proud being a part of your life!

Saya bangga untuk cakap saya ada tiga orang ayah yang banyak membantu saya. Saya bangga untuk ada ibu-ibu yang sentiasa menyokong saya. Saya bangga mempunyai adik dan sahabat yang memahami saya. Saya bangga dengan semua.

PicMonkey Collage

Ayah-ayah saya. They teach me lots about life.

Moga 2012 yang berlalu ini menjadi kenangan manis seperti mana berlalu pergi tahun-tahun yang lalu dan didoakan agar segala urusan 2013 akan menjadi mudah untuk kita semua.

2013 : I declare WAR.

P.s Selamat Tahun Baru! |>_<|V

 Winners NEVER Quit!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s