Exam?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

#64

Bismillahirrahmanirrahim

Tergerak hati nak menulis hari ni, bukan sebab apa. Cuma memikirkan apalah nasib kertas-kertas peperiksaan yang telah dan bakal diambil minggu ni. Oh, betapa sedihnya rasa dek kerana kertas Genetik Am yang hurm [aaa, susahnyaaa!!]

Subjek Genetik Am tu subjek kegemaran saya, sangat sukakannya. Tapi apakanlah daya, ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hoho. [Puitis gitu, sama keadaannya di UKM saat ini. Hujan setiap petang]

Tapi, dalam keadaan kita menyalahkan kertas soalan, pembuatnya atau diri kita sendiri [sepatutnya], sebenarnya siapa yang kita salahkan? Sememangnya tugas seorang pendidik adalah untuk menguji sama ada pelajar tersebut telah menguasai topik topik berkenaan dan menjadi satu kewajipan kepada para pelajar untuk berupaya mendapatkan kefahaman dalam subjek tersebut.

Maka, apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini [seperti soalan genetik am yang susah daripasa asas biologi molekul, haha :P] sepatutnya kita kena sedar yang banyaknya ilmu yang belum kita kuasai. Tambah-tambah pula, siapalah diri kita ini nak dibandingkan dengan banyaknya ilmu Allah di muka bumi ini.

Oleh yang demikian, peringatan ini [dari saya untuk saya juga dan anda semua] supaya kita jangan berhenti berusaha untuk mencapai kejayaan sama-sama ya! Ingatlah bahawa,

Sebelum mula, kita berusaha

Selepas berusaha, kita berjuang

Selepas berjuang, kita bertawakkal

Hanya kepadaMu ya Allah, kami memohon pertolongan

Amin

Itulah, jadi cekalkan hati! Reset minda [ala-ala Prof Dr. Muhaya], tetapkan matlamat, perbaharui niat. Jangan risau, masih belum terlambat kerana

Kami bakal Geneticist! [Kak Su, pinjam gambar ye. Hehe]
Kami bakal Geneticist! [Kak Su, pinjam gambar ye. Hehe]

Perjuangan kita masih belum selesai.

P.s Masih ada beberapa paper lagi untuk student genetik termasuk saya. Muahaha. Kimia Am dan Academic Communication. May Allah ease everything. Amin

 Winners NEVER Quit!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s