Semester 1?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

#65

Bismillahirrahmanirrahim

Maka dengan ini, saya umumkan semester satu di UKM telah berakhir. [Alahhhh, sedihnya!] So, maknanya sekarang kita cuti! Yeay! Memandangkan semester 1 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai suka duka perjalanan berapa di UKM, moga-moga semester 2 yang bakal menjelma tak lama lagi akan menjadikan kita insan yang lebih matang, bijak menguruskan kehidupan malah terus berusaha unutuk mendapatkan segulung ijazah dengan jayanya!

Amin

[Jadi, apa yang dah berlaku sem lepas? Uuuu.  Haha]

Mestila, nama pun sem 1 so kena la ada minggu orientasi [Minggu Mesra Pelajar], kita ada kawan-kawan genetik yang rocks! Yeah! Genetic Bonding Camp yang ala-ala kem interaksi yang cool dan menggembirakan. Bukan senang tau nak handle kem ni, semua senior-senior join lagi tu.

Kita ada Edufest (ada Ustaz Haslin Bollywood, bersama anda UHB!) Haha. Mungkin semester 1 ini adalah satu tempoh masa kita berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru kita. We’ll see, we have Hilmi and Meonsee [ i like to pronounce it meon-sayy] here!

20140108_163932[1]

Kawan-kawan lain: Afeeq Woff [dia suka bunyi tu], Liya, Era, Shira, Farisss. Hehe.

IMG-20131226-WA0002

Rakan-rakan Kolej Burhanuddin Helmi [KBH di hatiku]

Bukan senang nak dapat gambar Ayahanda Dr Kadd buat pose macam ni. Hehe

Geng gila-gila genetik [Oh! boleh buat group GGG ni, Haha]

Begitulah perjalanan setakat ini, jauh lagi yang perlu diteruskan. Kan? Kan? yang paling penting kita kena ingat selalu

Biar susah senang, kita tetap bersama

Biar ranjau onak berduri, 

Hanya kepadaNya kita memohon pertolongan

Kita mengharapkan naunganNya

Moga dipermudahkan segala urusan

Allah kan ada? 

Jadi, kita janganlah putus asa, biarlah apa yang telah berlalu [termasuk kalau rasa jawab exam yang err err tu, let it go, let it go~!] Kita kan dah berusaha, so bertawakkal kepada Allah. Dialah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.

Memang diakui, kadang kala kita ada buat salah dengan orang lain. Kadang kadang kita ada masalah yang tak dapat diatasi seorang diri. Itulah gunanya kita ada famili, kawan-kawan kita. Sesenang mana pun kita, bila susah kita pasti memohon tolong dan bantuan mereka. Macam tu la kita manusia, dan seperti itu juga hubungan kita perlu jaga hubungan kita dengan Maha Penguasa. Jangan bila kita rasa tersepit, terhantuk baru kita lihat ke atas dan memohon kekuatan dariNya.

Hehe. renung-renungkan. Jadikan semester yang bakal menjelma [amboiii, menjelma gitew. haha] nanti satu sinar cahaya baru. Satu kekuatan untuk kita teruskan azam kita, moga tercapai walau apa jua rintangan. Datanglah! Sebab apa? Supaya bila tiba saat itu, kita boleh berkata dengan yakin bahawa

Aku telah bersedia!

Untuk kawan-kawan, kat mana pun kan, hehe.

SELAMAT BERCUTI!🙂

P.s Fokus hari ini, yesterday was ended last night. Jaga diri.

 Winners NEVER Quit!

One thought on “Semester 1?!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s