PASUM – From My Perspective?!

السلام عليكم

~ Peace be upon YOU ~

#66

Bismillahirrahmanirrahim

Mendapat ilham pada malam 20 Januari 2014, hampir 9 bulan saya meninggalkan satu tempat yang bagi saya telah membentuk diri saya. Serba sedikit. Walaupun sekejap. Alahhh, tengok tajuk post ni pun, you guys dah boleh teka tempat tu? Kan? [Selalu tajuk post satu perkataan je – that’s my style but for this special post, let me decide what I want! Haha]

PASUM

Siapa yang tak kenal atau tak tau PASUM? Serius? Haha. Ni tempat bagi sesetengah orang hanya untuk orang-orang yang hebat saja. [Betulke? Nehh, I don’t think so] Sebut je PASUM, mesti orang akan cakap :

Ni tempat orang pandai-pandai ni

Anak orang kaya

Top of top of the creme

Wahh, hebatnya! UM giteewww :3

Bergantung pada persepsi masing-masing. Ada betulnya. Ada salah jugak, kan? Cuma kali ini, saya nak ceritakan, sisi lain Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang terkenal ni. Dari sudut pandang saya, seorang pelajar yang biasa-biasa saja. Yang bangun agi, mandi, ke kuliah, tutorial kat BT (Bilik Tutorial), makan di KK12 [Westernnn, sedap! Murah! Haha], yang kehidupannya antara KK12 dan Bangunan Pasum dan AAJ (Ambang Asuhan Jepun). Yang kini berada di UKM. UKM? Yes, bukannya UM so I don’t have the authority to tell you more. Haha

Tapi saya dulu, student PASUM.

Orang mesti fikir, Budak PASUM berlagak? Ehh. Yang tu saya tak berani komen. [Bukan semua] Lagi satu, budak PASUM ni mesti [hampir ke taraf wajib] 4.00 Flat.  Tak, bergantung atas keupayaan dan betapa keras usaha kita. Betapa kita sanggup berusaha, dan hasilnya : Walllaaa! Your result! Pointer saya biasa-biasa saja. Alah , gitu gitu je. Tapi jangan la kutuk ye. Cuma, saya belajar. Banyak perkara.

Akademik.

Kawan.

Kekuatan.

Keluarga.

Usaha.

Tawakkal.

Redha.

Ehhh, jap jap. Semua tu ada ajar ke kat PASUM? Takk kann? Jawapannya :

ADA!

Persekitaran mengajar anda erti kehidupan. Dan hari ini saya bangga, walaupun ke mana saya pergi. Jiwa dididik begitu. Di PASUM, itulah tempat pertama saya merasakan erti sebenar kegagalan. Puncanya? Result exam 1st Semester la! Haha. Di PASUM result exam akan keluar lambat [Serius, sangat lambat! -.-] Mula semester 2, baru dapat result Sem 1, itupun dah nak dekat mid sem. Dulu di sekolah saya bahagia [yeker?] Selalu skor. SPM straight A’s. Ketua Pelajar. Pengawas. Tapi di PASUM, you are nobody.

Tak kisah berapa bakul pun A yang kita bawa dari sekolah, itu takkan membantu kita. Betul ke? Yup! Kalau kita malas berusaha. Sombong. Dan merasakan kita sudah pandai semua perkara. Itu dilemma yang akan dihadapi terutamanya student SBP. Tak percaya?

I’ve got my result that day, from Dr. Ikhwan. Buka. Tengok. Sedih. Sebak. Tak puas hati. Semuanya ada. I keep blaming myself. Kenapa aku dapat result macam tu? Aku study. Yup! Aku tak faham lecturer ajar ke? Aku tak ulangkaji? Salahkan orang lain? I cried. All day long. That week. Setiap kali ayah dan mama call, I’ll cry. No mood that week. Kita tengok, ada kawan yang gembira. Mestilah! 4.00 3.89 3.75 Me?

Tapi sejak daripada tu, Allah itu Maha Pengasih. Maha Penyayang. Dia datangkan pelbagai insan untuk bantu kita. Bangkit. Bangun. Terus berusaha. Ayah, Mama, Abang Syuaib, my geng T2 [group tutorial kami], Saufi, Hakim. Mereka lah yang bagi semangat. Mereka yang tak jemu cakap:

Come on Ehsan, you can do it!

InsyaAllah boleh.

Ada hikmahnya semua ni.

Allah kan ada?

Mereka tempat saya mengadu. Tempat saya luahkan semua yang terbuku. They help me. Teach me. Study sama-sama. That’s how I learn about friendship. About hope. About everything. Cik Zai pernah pesan pada saya,

Biarlah kita menyesal hari ini, jangan kita menyesal hari kemudian disebabkan kita tak usaha hari ini.

Me, Ili, Diyana, Cik Zai. Shira and Farr – Last day of lecture.

Di PASUM, saya kenal macam-macam kawan. Ada yang suka ini. Ada yang suka itu. We have a large friend network. Hari ni, kebanyakkan mereka masih kekal di UM, tapi ramai juga yang telah pergi ke semua IPT seluruh negara. I wish I can meet them soon. Moga-moga Allah jaga anda semua.

Hazim Pok Jim – BioMedical Engineering

Saya akui, saya takde geng usrah. Macam orang lain. Bukannya saya tak suka. Cuma I love to observe first, sesuaikah aku dengan cara mereka? Sempatkah? Boleh aku bagi komitmen? JKP (JawatanKuasa Pembangunan Asasi – the position I have during my day at KK12). Alhamdulillah. Allah datangkan Abang Syuaib. Setiap masa mesej saya, dengan tinta kasih sayang dari Allah. Walaupun saya bukan ahli usrah Abang Syuaib, dia sentiasa ajak saya. Till then, I realised –

Everything happened for a reason, and Allah shall never forget you if you keep remembering HIM

with Abang Syuaib

Hari ni, saya di UKM dan dah lama saya tinggalkan PASUM. Ada kah jasa yang saya berikan kepada rakan-rakan saya sepanjang di sana? Rindu. Rindu nak berjumpa semua. Rindu dengan suasana Auditorium PASUM yang akan dimulakan dengan doa setiap kali kuliah. Di UKM, I don’t fell that atmosphere here. Mungkin budaya di sini berbeza. Atau mungkin saya yang terlepas pandang. Saya rindukan pensyarah-pensyarah yang tekun mengajar. Yang rockss. Haha.

Auditorium

Di mana pun kita berada, insyaAllah apa yang telah dididik dalam diri kita itu yang bakal mencorakkan perjalanan hidup kita. I wrote this because I want to tell adik-adik yang sekarang ni tengah isi UPU. Pilih tempat yang baik. Where ever you go, usaha sebaik mungkin. Sebab masih ada peluang untuk kita, dan rugilah orang-orang yang tidak berusaha.

And one more thing, jangan biarkan diri kita dibuai dengan cinta. Cinta? Yup! Cinta remaja. Kita masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Letak tepi dulu. Kejar cita-cita. Ingat tau! InsyaAllah, satu hari nanti ada tempat untuk kita.

Untuk adik-adik di PASUM sekarang ni [if you read this, hehe], teruskan usaha. Masih belum terlambat, ingat! Hehe. Have faith. Jangan putus asa. Jangan berhenti berusaha. Dan yang bakal menjejakkan kaki ke PASUM Mei ini, jadikan PASUM sebagai satu kenangan manis untuk anda. Grab all the chances. Get to know so many people you can. Keep in touch with the lecturers [lecturers kat PASUM ni ok ok je, tak garang un. Semuanya baik-baik. Ok? Last, carilah kawan-kawan yang baik.

Maaf kan saya jika ada perkara yang salah saya tulis di sini. Ini adalah PASUM seperti apa yang telah saya alami. Mungkin pengalaman kita berbeza. Tapi yang utama, this is where our journey begins:

Perjalanan. Aku. Sebagai. Umat. Muhammad

P.s Rindu. Pasum. Pasum. Sayang Pasum. Ehh. Haha.

 Winners NEVER Quit!

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s