Two years – 2016?!

السلام عليكم

#69

Bismillahirrahmanirrahim

My last blog post was on 29th January, 2014. Lagi 5 hari, cukup 2 tahun blog ni tak diupdate, kan? Cepatnya masa berlalu. Dulu tahun 1, sekarang dan tahun3. Sibuk dengan Final Year Project dan siapkan penulisan tesis.

It’s 2016 today. In two years time, so much things have changed including me. Haha, Makin sihat (baca: gemuk). Kalau dulu stress dengan exam je semata-mata, sekarang setiap hari keluar-masuk makmal tengok anak-anak sel. Kalau dulu selalu fikir macam mana feeling nak ambil subjek untuk semester seterusnya, kini dah fikir macam mana agaknya seorang Ehsan Fitri akan berpraktikal nanti.

Dua tahun.

Hari ini blog ini akan diupdate semula, tempat untuk kembali menulis cerita-cerita kehidupan. Haha. Serius aku tak pernah sangka pun akan ada orang baca blog ni, tanya pasal kursus Genetik esp di UKM, tanya tentang macam mana nak deal dengan kehidupan di PASUM walaupun aku bukannya top-scorer sangat pun dulu. Alhamdulillah, I really hope my piece of words inspire you guys.

So, apa yang Ehsan Fitri sekarang tengah buat?

Berusaha menguruskan badan. Really? Haha

Nak kata gemuk tu tak lah sangat. Haha. Tapi apa salahnya kita hidup dengan healthy lifestyle kan? Start 2015, aku dah mula balik mengaktifkan diri dengan join larian-larian macam zaman muda-mudi kat UM dulu. Start dengan 7KM MPKj Mizuno Road Run kat Tasik Chempaka, Bangi. Then 10KM Larian Gegar UM and first time try 7KM trail run – Semenyih Eco Trail Run. 100% off-road kut.

IMG_20151108_083449.jpg

Aku pun mula la berkecimpung (amboi bahasa) dengan follow akaun akaun twitter untuk pelari pelari mcm @twtmarathon and target by 2017 aku dah boleh la mula untuk 15KM and half marathon (21KM). Doakan ye!

Kami dah start dengan group KBH Runners dengan target mesti (wajib) join 1 Larian setiap 1 Bulan. Haha. So untuk Feb belum ada, cadangan Natura Hope Run kat Putrajaya and Mac kat Tasik Cemphaka anjuran UniKL. April di UM Krispy Kreme Doughnut Run. Donut pun aci!

Gigih tak balik cuti semester nak siapkan kerja-kerja makmal.

Haah. Aku kat UKM, Bangi time aku tengah tulis ni. Still after dua tahun, Kolej Burhanuddin Helmi ni lah tempat aku berteduh, tidur, makan (banyak) dan bersosial. Setiap hari pukul 9:30 pagi aku akan start baby (motor aku, Modenas MR1 je) merempit pergi lab. Sekarang aku work on Animal/Mammalian Cell and Tissue Culture pengkhususan kepada Mice Peripheral Blood Mononucleated Cell. Senang cerita stem sel lah benda ni.

IMG_20151124_113242.jpg

Kajian ini fokus kepada kesan dua jenis serum berbeza (FBS dengan NBCS) terhadap saiz sel tu. Orang mesti tanya, kenapa lah sampai kena nak ukur saiz sel tu kan? Jawapan dia, dunia la ni diorang dah expert sangat sampai nak hasilkan filter untuk asingkan stem sel ni daripada darah. Pergh. Mesti lah kan, stem sel ni berupaya menjadi apa-apa jenis sel yang kita nak dengan syarat diberi treatment dan nutrient yang betul.

So, dulu nak sangat jadi saintis kan? Haa. Tu la. Hihi

Struggling dengan memikirkan masa depan selepas graduasi. 

InsyaAllah kalau diizinkan Allah November 2016 ni aku grad. Doa-doa lah aku grad dengan cemerlang. Nak grad ni nampak senang, kan? Padahal kau kena tulis tesis, buat kajian, bentang (baca: defense) proposal kajian, viva tesis dan go for praktikal (Latihan Ilmiah) ke agensi-agensi sama ada kerajaan or swasta. Hee. Penat weh!

IMG_20151102_152949

Alhamdulillah, setakat ni ok je. Stress tu standard la kan? And syukur aku dah dapat tawaran untuk latihan ilmiah kat Human Genome, USM. Jauh weh, Kelantan tu. Tapi nak tuntut ilmu kan, jauh sikit pun takpelah. Hihi.

So persoalan sekarang, lepas graduasi nanti kau nak kerja ke sambung master? Tau pun, peningkan? Hehe. Dilema betul. Dengan keadaan ekonomi yang tak tentu ni. tapi jujurnya aku memang dah niat nak sambung master, cuma bidang apa dan kat mana tu belum terang lagi bersuluh lagi. Sekali lagi, doakan aku! Hee.

So, setakat tu lah yang aku nak kongsi dengan korang. InsyaAllah harap-harap aku istiqamah untuk update blog ni lagi. Banyak sangat benda yang aku nak share, cuma masa belum mengizinkan.

Yang akan terus menulis,

believe in CHANGE!

p/s: Aku doakan semua yang baca ni and kawan-kawan aku sentiasa dalam keadaan baik-baik saja. May Allah bless you guys. Amin.

Follow me at:

Twitter: @ehsanfitri    Instagram: @ehsanfitri 

Need To Hear From You

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s